New Year
Hai, Assalamualaikum.. Holla I'm back from a really really long time. I think my last update was on 2015 (3 Years Ago Maybe) i just can't remember that. So how are you guys doing ? Is everything going well in 2018 ? and I hope so. You're very lucky started your New Year with full of joys, happiness and blablabla. Today, i wanna share something that i think really make us (my whole family) down. We celebrate our New Year with full of sadness. And for your information while i been writing this blog I am crying so bad. So nah, keep reading this, okey ?
5.1.2018 (Jumaat) Kami dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari mak sedara (makndak)
"Din dah kritikal, doktor minta semua sedara mara berkumpul"
Keluarga zana pun bertolak dari Kulim ke Penang. Mak, Abah, Angah masa ni dah bertolak dulu. Zana dengan abang sulung, adik, kakak, ziyad, kak diana lambat sikit sebab biasalah bawak budak-budak kan susah sikit. Jalan nak ke Penang dah semestinya jem lah.. Masa ni awal lagi dalam pukul 8 macam tu. While dalam perjalanan mak call suruh patah balik dan mak suruh bukak whatsapp group family. Bukak je whatsapp group family terus nampak perkataan
"Din dah takda"
You know macam mana perasaan bila orang yang sentiasa ada depan mata kita dah pergi tinggalkan kita. Zana tak dapat tahan air mata. Zana menangis teresak-esak. Cuba tahan sendu tapi abang zana yang tengah drive nampak melalui cermin pandang belakang tu dan dia suruh zana sedekahkan Al-Fatihah. Dia cakap takda guna pun menangis. Keluarga besar zana sangat terkesan dengan pemergian arwah. Non stop menangis. Arwah terlalu disayangi orang sekeliling. Arwah baik sentiasa tolong orang dan tak pernah langsung merungut. Arwah adalah satu satunya anak lelaki yang Paknjang ada. Maknjang sampai nak pitam bila dengar arwah dah pergi tinggalkan kami semua selamanya.
Arwah dikejarkan ke Hospital Kepala Batas pada hari Rabu @ Selasa atas sebab malam sebelum tu muntah darah. Bila pergi hospital doktor x-ray doktor cakap ada darah beku dalam kepala. Jadi terpaksa di bedah. Lepastu, dipindah ke Hospital Seberang Jaya Dan kemudiannya dipindah pula ke Hospital Tanjung. Start dari Hospital Seberang Jaya arwah abang din dah tak sedar. Abang din masuk bilik bedah pukul 4 sampai lah pukul 7. Start hari tu jugak, keluarga kami, maksu, makndak, paknjang, maktam dari perlis pun ulang alik ke hospital untuk tahu perkembangan arwah. Paknjang tak balik langsung rumah sebab nak sentiasa ada dengan arwah abang din dekat hospital. Dari pagi sampai ke 1,2,3 pagi kami tunggu. Angah kadang kadang tu dia teman paknjang. Paknjang pun tak sihat. 2 Hari kami dikejutkan dengan patlet darah 0, kemudiannya berita baik darah dah mula masuk dalam badan, kemudian berita buruk darah dah turun dan platlet darah tinggal 6 je. Doktor pun tak boleh buat apa. Mak cakap masa mak masuk tengok abang din dalam ICU abang din menangis dengar mak dengan tok cakap. Masa tu abang din koma dia tak sedar tapi dia boleh dengar apa yang orang cakap. Abang din nampak tenang sangat tapi kesakitan yang dia tanggung hanya Allah yang tahu. Masa zana tengok abang din dia seolah-olah tengah tido. Muka tenang. Zana yang menangis tengok Abang din macam tu mana taknya seorang lelaki yang kuat, peramah, tak pernah lekang dengan senyuman, tak pernah berhenti untuk buat orang ketawa dengan telatah dia. Malam sebelum arwah meninggal semua adik berkumpul masuk tengok dia dalam ICU. Malam tu jugak hujan turun lebat sangat dan kami semua tak boleh balik. Sempat semua balik tengok abang din dari terengganu, johor, perlis, kuala lumpur. Cuma pakcik tak sempat tengok arwah sebab pakcik di London. Kami mampu hantar video je dekat pakcik.
Masa arwah dimandikan, dikapan sampailah nak dikebumikan tak putus orang datang. Sepanjang perjalanan nak ke Masjid orang silih ganti nak bawak arwah. Sayangnya orang dekat arwah abang din. Sepanjang hari tu sampai ke harini kami semua rasa macam Allah dah tarik sesuatu yang sangat berharga dalam diri. Lepas hampir dua minggu arwah pergi tok menyusul di belakang. Allah berat sangat ujian yang Allah bagi. Allah ambik lagi seorang dari kami. Tok, zana rindu sangat. Lepas satu satu ujian Allah bagi. Tok pergi menghadap-Nya pada 17.1.2018. Sayunya hati bila saat-saat terakhir tok zana tak da di sisi untuk temani. Zana di Alor Setar. Sebelum balik sana 15.1.2018 hari terakhir zana peluk, cium tangan tok, cium pipi tok, dengar tok cerita, nampak senyuman tok dengar gelak tawa tok. Pagi 17hb tu zana tengah siap nak pergi extra kelas sebab esok tu dah exam, zana dapat call dari kakak
"na, tahu tak lagi ? abang dah call ke bagitahu ?
" tahu apa ? abang tak call apa pun"
" tok dah takda"
"tok mana ?"
"tok minah la tok mana lagi"|
"kak hang ni biar betul ? Jangan memain benda ni tak lawaklah bodoh !
"Ya Allah betul, tok dah takda na. Balik la na tok dah takda"Masa tu Allah jaa tahu macam mana perasaan ni. Allahu, sekali lagi. Zana tak tahu nak cakap apa terus sembam muka atas bantal terus menangis, sepupu zana mimi tanya kenapa tapi tak dapat nak bagitahu. Sampailah zana ada kekuatan nak cakap dekat sepupu zana yang
"Tok minah dah takda, Jom kita balik sekarang mi". Masa tu dah tak pikir nak bawak balik baju kurung ke tak ke apa ka. Zana ambik wuduk terus baca yassin sambil tunggu sepupu zana siap dan sambil tunggu pak tam zana ambik kami dekat asrama. Mata masa tu dah sampai tak larat nak bukak lama sangat menangis. Kami sampai kampung dalam pkul 1. Sampai je zana terus masuk pintu belakang cari mak. Nampak ja mak zana terus peluk mak, masa ni dah terlalu lemah nak pitam, mak bagi semangat, mak cakap
"dah jangan menangis, pergi tengok tok jangan menangis langsung depan tok kuatkan semangat doa bnyak-banyak" zana tengok tok kejap je sebab tak mampu tahan sebak zana lari masuk toilet masa tu zana lepas semuanya. Bila dah tenang zana ambik wuduk semula dan ambik surah yassin duduk tepi tok. Sampailah tok nak dimandikan. Tok tidur sambil tersenyum. Tenang riaknya. Allah ambik tok dalam keadaan tok tengah duduk sambil baca ayat suci-Nya (Al-quran). Kami cucu cucu tok anak anak tok yang uruskan jenazah tok. Walaupun itu kali terakhir, Zana bersyukur zana puas hati sebab bukan orang lain yang mandikan dan kapankan arwah tok. Allah permudahkan urusan pengebumian tok. Dan satu lagi Allah rentap sesuatu yang ada pada kami. Malam tu jugak lepas selesai semua zana dengan mimi balik Alor Setar esok tu kami exam. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Tok , Abang din tenanglah disana. Semoga Allah tempatkan tok dengan abang din di kalangan orang yangg beriman. Kami rindu sangat, hanya mampu sedekahkan doa dan ayat suci alquran untuk tok dengan abang din. Abang din jagalah tok dekat sana. InsyaAllah, kita jumpa di sana nanti.
Al Fatihah
Thanks For Reading !
• FUTURE