//Little Princess\\
ABOUT ENTRY LINKS STUFF FOLLOW Dashboard



TRIP TO TITI HAYUN, YAN, KEDAH
Wednesday, April 11, 2018 • 10:44 AM • 0 comments
Hai, Assalamualaikum.

Ni sebagai kenangan dalam 2018 for us. We're having a short vacay after *sembang keling*. So finally, 8 April 2018 pergilah kami ke Titi Hayun, Yan. Disebabkan semua dok jauh dari parents dan bukan orang sini so terpaksalah sewa kenderaan. Kami sewa dua biji kereta sebab satu biji kereta memang tak cukup muatan banyak sangat (9 orang). Jadi untuk kereta ja kami kena bayar sorang RM 22 tak salah, ni termasuk dengan minyak kereta okey. Alah tak sewa kereta mahal-mahal pun sekadar Viva dengan Saga jaa mampu. Janji boleh naik dan selamat sampai tu pun dah kira cukup bersyukur dah. Untuk makanan pulak kami tak beli pun, masak sendiri dekat rumah dan air bawak botol air masing-masing tapi ada laa jugak beli air yang berperisa satu botol sekadar nak bagi rasa-rasa jugak. Makanan yang dibawa adalah spagetti hasil masakkan Nadia, Nina, Fat, Wani, Dini.. Aku ? pagi sabtu tu baru balik Alor Setar😅. aku sampai ja rumah dah siap masak.. Kahkahkah.. So lepas je siap semua benda yang nak bawak kami semua pun pergilah siapkan diri cantik-cantik, pakaian yang nak dibawa semuanyalah keperluan yang diperlukan. Lepas dah siap, kereta pun dah sampai, our first destination adalah pergi rumah Madam Ila dulu, dia buat akikah untuk anak no 2 dan birthday party anak sulung dia. Tunggu lagi melantak lah kami semua sampai kenyang dulu sebelum bertolak pergi Yan. Dari Alor Setar nak ke Yan tak ambik masa yang lama pun, dalam dua jam je kot.


haa yang kecil molek tu la madam kita orang. Nad takda sebab dia yang jadi photographer.

ni anak madam ila yang kedua Tengku Uwais (nama depan lepas tengku tu taak ingat)

Lepas habis makan-makan dekat rumah madam dalam 1.30 p.m. tu kami bertolak pergi Yan.. Masa ni wah seronok kemain lagi. Dalam kereta tu bising ya amat. Masing-masing dok menyanyi la apa laa. Kereta yang satu lagi, lagilah dahsyat sampai bergoyang-goyang kereta depa punya lah dok menari.. Almost nak sampai tu, sikit je lagi nak sampai. Tapi jauh jugak laa takda laa sikit lagi. Suddenly, waktu nak kona kanan tu, boom kuah spagetti terbalik.. Woo aku mandi spagetti dalam kereta.. banyak jugaklah tumpah dan yang tumpah tu hanyalah isi daging dan sosej.. Ya Allah nak nangis gila masa ni.. sayangnyaa.. 

spagetti menyirami diriku

Sampai jaa kat sana proses membersihkan kereta dan membasuh.. Selesai semua ni kami terus pergi tandas awam untuk tukar baju.. Nak mandi kan mestilah kena tukar baju.. tapi makeup tak buang, hahahah. Last-last habis jugak makeup pun kalau kau dah berendam dalam air. Oh ya sebelum lupa kami sampai around 2.30 atau pukul 3 macam tu.. Tak pasti.. Pergi cari tempat yang nak mandi dan berkelah. Jumpa-jumpa jaa letak beg teruih pakat menyelah, mandi berenang laa apa bagai. Best gila, air sejuk dik dik. Kalau tak selfie tak sah laa kan mestilah kena berselfie sebagai kenangan.








so nilah gambar-gambar masa bermandi manda. 

okey lepas dah masing-masing puas mandi tibalah waktu makan.. semua melantak macam dengan tak makan sebulan.. sampailah spagetti dari banyak habis lincin.. masa ni jugak kami sambut Birthday Hanna Marni.. Dah plan dah sebenarnya nak sambut dekat sini.. adalah sesi potong memotong kek, nyanyi menyanyi dan makan-makan. Kami ja yang riuh masa ni orang lain macam tak riuh pun.. Masa sesi sambut birthday ni orang tengok jaa.. Hahahha. Kesah pulak kami.. selasai makan berendam lah lagi kami sampai pukul 5.30. Kemudian tibalah masa nak balik, kemas semua barang-barang, sampah semua kutip pastu terus naik pergi tandas awam untuk mandi dan tukar pakaian.. Lepas tukar pakaian apa semua bersiap dah settle.. kitaorang pun naik kereta. Sempat singgah dekat masjid berdekatan untuk solat.





 
selfie tu kan memang wajib sebagai kenangan.. habis solat semua kami pun pergi ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Murni kemudiannya Masjid Zahir Alor Setar.. masa tu dah maghrib dan sampai dekat masjid zahir around 8.20. Solat semua siap sempat selfie lagi..Subhanallah Masjid ni cantik sangat. Lagi cantik bila dapat cipta kenangan dekat sini dengan housemate semua.
 



 



Akhirnya, kami pun pulang ke rumah/asrama kami jam 8.50 p.m. Masa ni kalut gila sebab kereta nak kena hantar pukul 9 lebih pukul 9 dikira harga len dah.. Alhamdulillah sempat hantar pukul 9 kereta. Jadi sampai sini je lah kisah kami TRIP KE TITI HAYUN, YAN dengan bajet tak sampai RM50. Bubye.. Assalamualaikum 💋

*maaflah banyak sangat gambar*



Thanks For Reading !


PASTFUTURE
The star owner

Hai. I'm Syazana, sweet 9teen, terima kasih sudi singgah ke blog saya :)~

Instagram here


Sweet Memories

Archive

CREDIT SECTION


Full Edit by: @esharky_
Owner blog: Your Name
Best view:Miss Google